KOTA KINABALU: Penjawat awam negeri Sabah bakal menikmati kenaikan gaji yang akan diselaraskan seiring dengan rakan mereka di peringkat Persekutuan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Bagaimananpun, beliau berkata kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini, sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
"Kita juga akan menaikkan gaji penjawat awam di Sabah, jangan bimbang. Kita ikut kerajaan Persekutuan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Tripartite Hari Pekerja Peringkat Negeri Sabah 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
Pada 1 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di Putrajaya berkata skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Dis tahun ini iaitu kadar tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.
Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya berkata terdapat 756 kesatuan sekerja di seluruh negara merangkumi keahliannya lebih 1 juta orang, dengan Sabah mempunyai 84 kesatuan sekerja berjumlah 53,321 ahli.
"Peratusan pekerja yang menyertai kesatuan di Sabah hanyalah 2.58 peratus berbanding jumlah keseluruhan pekerja pada suku tahun keempat 2023 iaitu 2.061 juta orang sebagaimana data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara," katanya.
Beliau berkata aktiviti penguatkuasaan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) di Sabah tahun lepas berjaya mengutip sebanyak RM38.9 juta daripada 5,367 majikan yang melakukan kesalahan.
Aktiviti penguatkuasaan itu katanya, telah memberi manfaat secara langsung kepada 159,491 pekerja, manakala 14,746 pekerja mendapat manfaat kewangan.
"Setakat 15 April lepas, JTK Sabah mengutip sebanyak RM6.36 juta melibatkan 1,250 majikan yang memberi manfaat secara langsung dari segi pematuhan undang-undang kepada 38,894 pekerja dan manfaat kewangan kepada 2,681 pekerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Hajiji (foto) berkata kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini, sebelum melaksanakan sebarang kenaikan. -Gambar fail/Bernama
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah - Hajiji
Hajiji berkata media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan - Hajiji
Komitmen kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.